Najib’s Former Aide Uploads SRC Trial Video Recording on FB

554
- Advertisement -

The CCTV recording of the proceedings were uploaded on Isham Jalil’s Facebook page and has been viewed 189,000 times, attracted 1,700 comments and 3,200 shares as at 9pm.

Screenshot

A former special officer to Datuk Seri Najib Razak has defended uploading on Facebook a Court Recording and Transcription (CRT) video of his former boss’s SRC International Sdn Bhd trial, claiming he has not broken any laws.

REPORT POLIS OLEH PEGUAM PHSaya telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa peguam PH yang tidak berpuas hati apabila saya memuatnaik rakaman transkrip video Court Recording and Transcription (CRT) dalam perbicaraan Dato’ Seri Najib di mahkamah semalam.Peguam-peguam PH ini berkata mereka akan membuat laporan polis.Dalam hujah mereka, mereka berkata ini adalah satu kesalahan mengikut peraturan mahkamah dan mereka berkata saya boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah atau contempt of court.Saya ingin bertanya kepada mereka: Di manakah di dalam peraturan mahkamah dinyatakan bahawa tidak boleh memuatnaik rakaman CRT perbicaraan awam dalam Facebook atau di media sosial atau di mana-mana media?Untuk pengetahuan mereka, terdapat dua perkara dalam peraturan umum mahkamah berkaitan rakaman semasa perbicaraan: Pertama, tidak boleh membuat siaran langsung atau live telecast ketika perbicaraan sedang berlangsung (kecuali dengan kebenaran).Kedua, tidak boleh merakam perbicaraan sendiri.Oleh itu dalam hal ini, saya ingin bertanya lagi kepada mereka: Di balik manakah yang saya bersalah menghina mahkamah seperti yang dikata mereka? Dalam video yang dimuatnaik semalam, tidak ada siaran langsung mahupun rakaman sendiri. Video yang dimuatnaik tersebut bukanlah siaran langsung tetapi adalah rakaman, dan rakaman tersebut dibuat oleh mahkamah melalui CRT dan bukan oleh pihak lain.Rakaman CRT mahkamah dan rakaman video sendiri adalah berbeza.Apabila mahkamah merakam transkrip video CRT ianya adalah tidak sama dengan orang lain merakam sendiri prosiding mahkamah.Di United Kingdom, rakaman transkrip video CRT prosiding mahkamah adalah dianggap seperti transkrip bertulis dan boleh didapatkan oleh orang ramai secara terbuka daripada Arkib Negara Britain (British National Archive) sepertimana juga transkrip bertulis.Perkara ini juga sama di banyak negara-negara maju yang lain.Di Malaysia setakat ini tidak ada peraturan bertulis berkenaan siaran rakaman transkrip video CRT prosiding mahkamah.Saya pelik jika peguam-peguam PH ini tidak faham atau tidak tahu akan hal ini.Saya juga pelik kenapa mereka ini takut sangat apabila rakyat melihat video rakaman perbicaraan ini. Adakah peguam-peguam PH ini tidak mahu rakyat tahu atau lihat sendiri butiran perbicaraan Dato’ Seri Najib?Perbicaraan Dato’ Seri Najib ini adalah suatu pendengaran awam (public hearing) oleh itu ianya bukanlah satu rahsia rasmi namun adalah satu rekod awam yang terbuka. Memandangkan kes ini adalah kes yang berprofil tinggi dan menarik perhatian umum, maka rakyat berhak diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan ini dengan terbuka atau dengan kekangan yang minimum.Sebelum ini ada pemimpin PH yang membocorkan rahsia rasmi kerajaan tetapi lepas begitu sahaja.Namun apabila saya memuatnaik video perbicaraan awam yang bukan rahsia, mereka tidak senang duduk pula.Dahulu semasa Dato’ Seri Najib pergi ke Langkawi mereka buat report polis.Sekarang apabila saya memuatnaik video CRT perbicaraan awam pun mereka hendak buat report polis juga.Saya rasa pihak polis pun tahu yang tindakan orang-orang PH ini adalah dangkal, lemah dan bermotifkan politik semata-mata.Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan PH dan penyokong-penyokong mereka termasuk peguam-peguam PH ini: Jika sebelum ini inkues mendiang Teoh Beng Hock boleh dibuat secara siaran langsung, mengapa perbicaraan Dato’ Seri Najib tidak boleh dibuat secara langsung? Walaupun kes Dato’ Seri Najib adalah perbicaraan awam dan kes Teoh Beng Hock adalah satu inkues, namun kedua-duanya adalah suatu pendengaran awam (public hearing) yang menarik perhatian umum.Tambahan lagi inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock mempunyai elemen emosi yang lebih tinggi berbanding kes SRC yang melibatkan Dato’ Seri Najib, oleh itu inkues tersebut sebenarnya mendatangkan lebih banyak risiko jika disiar secara langsung. Walaupun dengan faktor di atas, inkues tersebut telah disiar secara langsung, namun kini mengapa perbicaraan Dato’ Seri Najib ingin dikekang siarannya pula oleh kerajaan?Saya harap peguam-peguam PH ini jawab soalan ini dahulu sebelum membuang masa polis dan mahkamah dengan hujah lemah mereka untuk kepentingan politik mereka semata-mata.Kepada peguam-peguam PH ini, saya ingin berkata: Pertama, bacalah habis-habis peraturan mahkamah dan bukan sekerat-sekerat lalu terus buat tafsiran sendiri sesuka hati. Dan jangan pakai mantra: Benda boleh report polis buat apa baca.Kedua, tegakkanlah keadilan walaupun pahit atau walaupun ianya tidak selari dengan kepentingan politik anda.ISHAM JALIL20 April 2019P/S: Dilampirkan juga satu lagi video rakaman mahkamah yang saya tidak sempat muatnaik semalam untuk tontonan umum jua.

Posted by Isham Jalil on Friday, April 19, 2019

In a Facebook status coupled with yet another CRT video, Isham Jalil argued that the general order of the court only applies to personal recordings and unapproved live telecast recordings.

HARI KELIMA PERBICARAAN DATO’ SERI NAJIB(Sila tonton video dalam kamar mahkamah di bawah untuk keterangan lanjut)Semalam beberapa orang saksi pendakwaraya telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.Dua orang daripada saksi-saksi ini adalah kontraktor binaan dan renovasi yang telah membuat kerja-kerja binaan di rumah Dato’ Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.Saksi-saksi ini dipanggil oleh pihak pendakwaraya untuk menunjukkan ke mana duit yang dikatakan berasal daripada syarikat SRC telah dibelanjakan.Berdasarkan keterangan Peguam Negara Tommy Thomas, teori pihak pendakwaraya ialah syarikat SRC telah memasukkan duit ke dalam akaun dua anak syarikat mereka iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat ini telah memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib dan akaun ini digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk tujuan peribadi beliau seperti membuat renovasi rumah dan sebagainya.Dua anak syarikat SRC tersebut iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menjalankan kerja-kerja corporate social responsibility (CSR) atau kerja-kerja tanggungjawab sosial, kebajikan atau amal jariah.Dan teori pihak pendakwaraya lagi ialah perkara di atas dilakukan oleh SRC sebagai timbal balasan kepada Dato’ Seri Najib kerana Kementerian Kewangan telah meluluskan jaminan kewangan kepada syarikat SRC ke atas pinjaman mereka.Ada sekurang-kurangnya dua perkara yang tidak kena dengan teori pendakwaraya ini:PERTAMA, mengikut undang-undang untuk mensabitkan kesalahan, pihak pendakwaraya perlu membuktikan teorinya bahawa Dato’ Seri Najib telah mengarahkan syarikat SRC tersebut untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya yang kononnya sebagai timbal balas ke atas tindakan Kementerian Kewangan meluluskan jaminan pinjaman syarikat SRC tersebut.Teori dan perkara ini tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaraya sehingga kini. Apa yang ada pada mereka hanyalah teori Peguam Negara seperti di atas.Oleh sebab ini, besar kemungkinan pihak pendakwaraya cuba mengalih perhatian dengan cuba menunjukkan yang kononnya Dato’ Seri Najib menggunakan duit SRC untuk merenovasi rumahnya oleh itu beliau telah menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi dan kemewahan dan oleh itu beliau yang mengarahkan SRC untuk memasukkan duit tersebut ke akaunnya untuk tujuan ini.Ini adalah satu lagi teori berdasarkan tanggapan lemah tanpa bukti daripada pihak pendakwaraya.Faktanya: kerja-kerja “renovasi” kediaman Dato’ Seri Najib tersebut sebenarnya adalah untuk penambahan pondok polis untuk keselamatan beliau sebagai Perdana Menteri dan juga untuk membaiki dan menambah kapasiti tangki air kediaman beliau supaya ianya boleh menampung majlis keramaian rakyat yang kerap diadakan di kediaman tersebut, bukan untuk bermewah-mewah.Majlis ini termasuk jemputan kepada pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di sekitar Kuala Lumpur yang kerap diadakan di kediaman beliau di Langgak Duta.Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib lebih banyak menginap di kediaman sendiri beliau di Langgak Duta dan tidak banyak menggunakan kediaman rasmi di Seri Perdana. Oleh itu banyak majlis-majlis bersama tetamu dan rakyat diadakan di kediaman Langgak Duta dan bukan di Seri Perdana. Seri Perdana adalah amat besar berbanding kediaman beliau sendiri di Langgak Duta dan walaupun ditanggung kerajaan, kos penyelenggaraan dan mengadakan majlis di Seri Perdana adalah jauh lebih tinggi. Apabila beliau kerap menginap dan mengadakan majlis di Langgak Duta, ianya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerajaan.Saya telah banyak kali pergi ke rumah Dato’ Seri Najib di Langgak Duta ini. Rumah ini memang rumah banglo, namun ia bukanlah rumah banglo mewah seperti rumah agam Tun Mahathir di Cyberjaya dan Seri Kembangan, atau rumah agam Tun Daim di Hulu Kelang atau rumah tersergam Mokhzani dan Mukhriz.Ia adalah rumah banglo sederhana yang pada asalnya tidak pun muat untuk menampung majlis yang besar.Memang ada kerja-kerja renovasi, tetapi untuk menambah pondok polis dan tangki air untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat, bukan untuk tujuan kemewahan.KEDUA, sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, semestinya Dato’ Seri Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti, NGO atau rakyat.Namun demikian ini tidak bermakna beliau menguruskan akaun-akaun ini sendiri. Adalah mustahil untuk seorang Perdana Menteri untuk menguruskan akaun-akaun ini sendiri sambil pada masa yang sama menguruskan negara setiap hari. Saya pasti Tun Mahathir pun tidak larat atau mampu untuk menguruskan akaun-akaun beliau sendiri tanpa diketahui sesiapa.Oleh itu untuk pihak pendakwaraya menganggap yang Dato’ Seri Najib mengarahkan keluar masuk duit ini ke dalam akaun-akaun ini tanpa pengetahuan orang lain adalah sesuatu yang tidak masuk akal.Oleh yang demikian, sepatutnya pihak pendakwaraya memanggil saksi kritikal kepada kes ini iaitu saksi yang boleh menyokong keterangan di atas (iaitu Dato’ Seri Najib telah mengarahkan duit dimasukkan ke dalam akaun beliau sebagai timbal balas), bukan saksi kontraktor yang menunjukkan mereka telah membina tangki air dan pondok polis di rumah Dato’ Seri Najib menggunakan duit dari akaun beliau.Apabila pihak pendakwaraya gagal mengemukakan walau seorangpun saksi kritikal di atas, besar kemungkinan yang teori pihak pendakwaraya tersebut adalah tidak benar dan tanggapan mereka tersebut tidak berlaku.Bayangkan sekiranya perkara ini yang sebenarnya berlaku:1. Syarikat Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari memasukkan duit ke dalam akaun Dato’ Seri Najib atas arahan orang lain atau atas agenda mereka sendiri.2. Dato’ Seri Najib tidak dirujuk ke atas perkara di atas.3. Dato’ Seri Najib tidak pernah memberi arahan supaya SRC memasukkan duit ke dalam akaun beliau.4. Dato’ Seri Najib menggunakan salah satu daripada akaun CSR beliau daripada pelbagai sumber untuk menambah tangki air dan pondok polis di rumah beliau untuk keselamatan dan kegunaan majlis bersama rakyat.5. Akaun-akaun CSR ini tidak diuruskan oleh beliau tetapi oleh orang lain.6. Tiada perjanjian timbal-balas antara Dato’ Seri Najib dengan syarikat SRC.Adakah Dato’ Seri Najib bersalah ke atas hal ini?Sekiranya beliau bersalah, maka ianya akan menjadi contoh kes (precedent) yang amat tidak baik dan tidak adil dalam undang-undang negara.Jika ini berlaku, bayangkan pula sekiranya perkara sebegini terjadi kepada anda: Pada suatu hari ada pihak memasukkan duit ke dalam akaun anda tanpa merujuk kepada anda; seperti biasa anda telah menggunakan akaun anda untuk membeli sesuatu; kemudian duit yang telah dimasukkan oleh pihak itu dituduh dari sumber yang haram; tiba-tiba anda dituduh dan didapati bersalah kerana menggunakan duit haram dan disumbat ke dalam penjara. Bagaimana anda rasa?Teori Peguam Negara dan pihak pendakwaraya di atas mungkin sama umpama cerita kereta terbang kerajaan PH atau minum sawit awet muda, besar kemungkinan ianya adalah fiksyen.Mungkin bagi mereka, benda boleh reka tuduh, buat apa cari bukti.

Posted by Isham Jalil on Thursday, April 18, 2019

“The video I uploaded yesterday was not a ‘live’ telecast or a personal recording. It was a recording by the court through CRT and not other parties. A court CRT video transcript is not the same as a personal recording,” he claimed.

Facebook

“In the United Kingdom, a CRT video transcript of court proceedings can be taken as a written transcript and is made available to the public through the British National Archive like a written transcript.

“The same applies in other developed nations. In Malaysia, there is no written guideline regarding CRT court video transcript of court proceedings,” he added.

Isham continued his arguing saying that Najib’s trial is high-profile case and a matter of great public interest, comparing it to the “live” telecast of the Teoh Beng Hock inquest.

Last month, Najib had backed a “live” broadcast of his trial over the abuse of RM42 million in funds from a former unit of 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Despite that, lawyer Syahredzan Johan has pointed out that the CRT footage was meant to prepare notes for the proceedings.

“This is a CRT footage of proceedings in court. The CRT footage is used to prepare notes for the proceedings. The court allows the CRT recording but I am sure the approval did not extend to being uploaded on social media,” he explained.

According to Syahredzan, who is also political secretary to DAP MP Lim Kit Siang. requests for such footage require the applicants to agree not to distribute, copy or upload the recording to any party.

“This is contempt of court,” said Syahredzan.

After Isham’s first upload yesterday, Bersatu legal bureau committee member Saiful Ambar Abdullah Ambar said a police report would be lodged over it due to contempt of court.

“I believe the recording can only be obtained by certain parties allowed by the courts on strict conditions.

“It cannot be distributed, copied or uploaded in any form on any platform,” he said in a statement.

Saiful also pointed out that Isham had seemingly warned the court by posting that it would set a bad precedent if Najib was found guilty.

“This is clearly contempt of court.

Twitter

“I would like to advise Isham to stop acting as Najib’s lawyer outside the court.

“He should just let the learned defence counsels who were appointed by Najib to handle the case,” Saiful said.